Muslimah, dibahumu ada harapan..
13 Februari 2008
myhewi
Tags: keistimewaan muslimah

![]()
![]()
Assalamualaikum, alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNYA, dipermudahkan saya dalam menghasilkan laman blogs ini sebagai wadah penyampaian kalimah-kalimah berguna buat muslimah kita. “Muslimah, dibahumu ada harapan” -memang benar kata-kata ini..muslimah adalah sangat istimewa, mereka dijadikan Allah dengan penuh keindahan dan keistimewaan..berbahagialah wahai muslimah! kerana, Allah menjadikan kita istimewa dan disayangi (^-^)
|
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad) |
|
1. Doa wanita Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Pahala Wanita Mengandung Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Pahala Wanita Bersalin Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Kelebihan Melahirkan Anak Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Kelebihan Menyusukan Anak Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Pahala Memelihara Anak Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Menggembirakan Perempuan Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Keistimewaan Anak Perempuan Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 9. Ganjaran Menolong Suami Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Ganjaran Wanita Solehah Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Darjat Wanita Solehah Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Hak Suami dan Ibu Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Keutamaan Terhadap Ibu Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Kelebihan Mentaati Suami Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Ganjaran Mentaati Suami Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Keistimewaan Seorang Ibu Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Ganjaran Memelihara Anak Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Ihsan Terhadap Perempuan Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Penghalang Api Neraka Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. |

Entry Filed under: Artikel
2 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed
1.
Kherlinda | 22 Ogos 2008 at 8:48 am
Artikel tentang muslimah dpt menambah pengetahuan dlm bidang agama.
2.
Zhie | 9 September 2009 at 12:22 am
SubhanalLah. . .
AlhmdulilLah sy trlhr sbg seorang perempuan n brAgma islAm,sm0ga Wnta indoNesia bs mNjd wNta sholehah smua.Amien