Archive for Mac, 2008
Effective Steps For Your Quick Weight Loss
Contributed by haja sherief
If you want to lose weight and look more attractive…ALL
WITHIN A FEW MONTHS…follow these quick weight loss techniques. They\’ll help make the entire weight loss process faster, easier and more effective over the long-term…
1. EXERCISE IN THE MORNING.
Exercising first thing in the morning raises your metabolism for the whole day and refreshes your mind. Also, people who regularly exercise in the morning are much less likely to skip a workout than those who exercise later in the day.

2. CUT OUT PROCESSED FOODS.
Try to cut out as many processed foods from your diet as possible. Except for specially formulated \’diet\’ foods,
processed foods make it very difficult to lose weight quickly. Stick mainly to lean proteins, whole grains, nuts, seeds, fruits, and vegetables.
3. TAKE A HIGH-QUALITY MULTI-NUTRIENT FORMULA.
This is one of the most important things you can do to help your weight loss efforts and improve your overall health. Today\’s nutrient-deficient foods are a major cause of overeating, lack of energy, and obesity.

4. DRINK MORE WATER.
Drinking water all day long will ensure that your metabolism is running at an optimum level. That means quicker weight loss. Lots of water will also
keep your appetite in check and prevent overeating.
5. REMIND YOURSELF.
Remind yourself of your goals constantly! Put pictures of people who have the type of body you want on your bathroom mirror, refrigerator door, car dashboard, and anywhere you think would be helpful.This technique is a powerful motivator and will help you stay on track.
6. EAT AT THE TABLE.
Never eat while sitting in front of the TV. You are MUCH more likely to overeat the wrong kinds of foods when watching television. When you eat, sit at a table and concentrate on enjoying the taste of your food slowly.
7. DRINK YOUR COFFEE BLACK.
The cream and sugar you add to your coffee in the morning adds hundreds of calories. A cup of plain black coffee has only 10 calories and no fat. Even better, start drinking green or black tea instead of coffee. Zero calories and LOTS of healthy antioxidants!
8. BRUSH YOUR TEETH.
When you get the urge to eat sugary foods, brush your teeth. The taste of toothpaste really reduces sugar cravings.
9. CHEW MINT-FLAVORED GUM.
Whenever you get the urge to snack on sugary or fatty foods chew on a piece of mint gum, preferably sugarless. Just like with toothpaste, the mint flavor lessens the craving for bad foods.
10. EAT MORE FRUIT.
Try to eat 2 – 3 pieces of fruit every day, especially before meals. The fiber will help fill you up and reduce your hunger cravings so that you don\’t overeat. Organic fruit is the best choice and can now be found at many stores.

11. USE NATURAL DIURETICS.
If you want to shed a bunch of water weight quickly, use the following naturally diuretic foods: unsweetened cranberry juice, kelp, parsley, and watercress. They are much healthier and safer than chemical diuretics.
12. SPRINT.
To rev up your metabolism and burn more fat, throw in a few short sprints when you jog. This is a type of exercise called \’interval training\’ and it\’s highly effective for quick fat loss.
13. GET ENOUGH SLEEP.
Tired people are more likely to overeat during the day. Also, a recent university study found that a person\’s metabolism rises 40% when they get enough sleep!
14. CUT OUT THE SUGAR.
If you really want to lose weight quickly, you HAVE to cut refined sugars out of your diet. High sugar foods cause your insulin levels to skyrocket and make it almost impossible for your body to burn fat. That means no sodas, candies, pastries, or undiluted fruit juice.
15. EAT SOME FAT.
Cutting out all fat from your diet is a very bad thing to do for several reasons. The best option is to limit the amount of animal fat you eat and to supplement your diet with \”good\” fats like those found in fish, olive, and
flaxseed oils.
16. RAISE HGH NATURALLY.
If you\’re over 30 years old, your natural human growth hormone levels are on the decline. You can increase them naturally with moderate weight training. A good vitamin supplement will also help considerably.
17. HAVE FUN.
Find exercise options that you enjoy. You can burn as much fat playing an intense game of basketball as you can jogging for half an hour. Also, walking, hiking, and bike riding are some of the most effective weight loss activities around!
I sincerely hope you\’ve enjoyed these quick weight loss tips. Have a great day and best of luck with your weight loss efforts!
Article Source: http://www.articlematrix.comContent Statistic
Add comment 15 Mac 2008
Mahasiswi Islam: Kemana Arahnya??
Kiriman ummah online Oleh: Mohamad Ridhwan Alias
Manusia Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijunjung,
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Tetapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
Dekat dihatinya untuk dicinta
Begitulah keindahan bicara ditujukan kepada golongan wanita yang cuba dilupakan peranannya dalam sejarah sesebuah masyarakat. Perkara ini pernah diluahkan oleh Anna Davin pada tahun 1972 dalam artikelnya, Women and History menyatakan “sebaik-baik sahaja kita bertanya bagaimana kehidupan pada masa lalu, kita akan menyedari bahawa perkara ini begitu jarang disentuh”.
Secara tradisi, sejarah perjuangan wanita selalu dikesampingkan bagaikan tidak bernilai. Sebenarnya kita silap, wanita adalah watak sebalik tabir mempunyai jasa yang amat besar dalam setiap perjalanan ketamadunan manusia. Jika kita menyelinap dalam buku Sejarah Melayu versi Winstedt, digambarkan ketika Sultan Mahmud Syah ingin melantik Bendahara, baginda sultan telah mendengar suara bondanya dari balik pintu yang menyuruh baginda melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara. Suasana ini menunjukkan kuasa wanita Melayu cukup berpengaruh dalam pelantikan jawatan politik sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Masyarakat Melayu mempunyai weltanschuung berasaskan tradisi lelaki yang cukup berpengaruh sehingga wanita Melayu-Islam selalu sahaja dibelenggu kerisauan tentang hak-hak sosial mereka dipermainkan. Perkara ini disuarakan secara sinis oleh Syed Syeikh al Hadi dalam karya saduran yang terkenal Hikayat Faridah Hanum dimana Faridah Hanum menyatakan ketidakpuasan hatinya berdasarkan dialognya “sekalian perempuan bahawa kita sekalian ini tidak berguna di dalam kehidupan perhimpunan kaum dan bangsa dan watan lain daripada kegunaan kuda tunggang atau tukang masaknya dan tukang basuh kain bajunya”.Syed Syeikh al Hadi mengambarkan bahawa selama ini wanita hanya alat yang tidak menyedari tentang hak-haknya sebagai wanita.
Dalam gerakan pelajar terutamanya di Malaysia, peranan mahasiswi juga turut dilupakan sedangkan mahasiswi banyak berjasa dalam gerak kerja gerakan pelajar. Dalam akhbar Mahasiswa dan laman web Idealis Mahasiswa, bagaikan satu pakatan membelasah mahasiswi Islam dengan pelbagai tohmahan. Isu yang paling menonjol adalah kisah mahasiswi Islam yang gagal membahagi masa antara berpersatuan dengan belajar iaitu Wan Norhayati Wan Alias [PMIUTM] dan Nuraimah Suratin [PMIUSM] yang mendakwa mereka telah dipergunakan oleh parti oposisi. Dan terbaru kisah perarakan bermotor mahasiswi Islam dalam pilihanraya kampus 2004 di Universiti Malaya. Walaupun kedua-dua media massa memberikan pandangan yang negatif, para mahasiswi Islam perlulah mencari formulasi yang berkesan untuk menjernihkan objektif dan metode perjuangan mereka di kampus.
Masalah utama mahasiswa dan mahasiswi sekarang adalah tidak mengenali pemaknaan falsafah perjuangan mereka sendiri. Mereka boleh mengenali elemen-elemen pembangunan fizikal tetapi buta daripada mengenali pembangunan insani diri mereka. Menurut Muhammad Abu Bakar dalam artikel Falsafah Perjuangan Mahasiswa, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada pengolakan dunia semasa. Ketiga-tiga elemen ini perlu memberi impak kepada pemaknaan diri mahasiswa yang merangkumi watak dan aspirasi mahasiswa. Persoalan yang timbul, berapa kerat mahasiswa yang memahami ketiga-tiga elemen berbanding longlai bersama aktiviti berseronok di universiti?
Golongan terpelajar terutamanya mahasiswi Islam seharusnya faham kedatangan mereka ke kampus bukan sahaja untuk belajar tetapi mengembangkan potensi diri ke arah menjadi manusia yang baik. Menurut Syed Naquib al Attas, manusia baik (good man) bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi bijak juga dalam berakhlak dan tindakan. Kita juga harus memahami tugas kita sebagai rakyat, bukannya mabuk dengan sifat remaja yang gilakan hedonisme. Sewajar status sebagai pelajar universiti berjaya membedakan diri pelajar dengan remaja di luar kampus. Jika mahasiswi Islam memahami falsafah perjuangan mahasiswa ini, polemik mahasiswa dan politik akan sendirinya terhapus.
Sifat sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap berkonflik menyebabkan pelajar tertekan sehingga menelurkan benih politik ekstrem di kalangan mereka. Kita tidak menafikan setiap organisasi mempunyai golongan radikal dan ekstrem yang dianggap pressure group kepada sesebuah organisasi. Tambahan pula, universiti sendiri merupakan sebuah badan politik, dimana persoalan kuasa dan decision-making (membuat keputusan) menjadi satu aspek penting, dan ini merancakkan lagi suasana konflik dan kerjasama yang terdapat di dalam kampus. Golongan ekstrem mahasiswi Islam yang selalu didiskriminatif ini akan mengambilkan tindakan yang radikal jika penguasa kampus melakukan provokasi terhadap mereka. Budaya esktrem ini akan melahirkan mahasiswi Islam seperti Wan Norhayati sehingga gagal dalam pelajaran. Mereka mengikuti aktiviti persatuan tanpa kefahaman asas sehingga mereka berfikiran jumud dan taksub membuta-tuli. Kebiasaannya, golongan ekstrem ini secara automatiknya akan terkeluar daripada gerakan pelajar sesudah sampai waktunya. Paling malang, mereka sendiri menjilat segala tuduhan yang dilontar oleh mereka sendiri sewaktu bersama gerakan pelajar. Selain kebiadapan penguasa universiti, sifat ekstrim mahasiswi Islam terjadi ekoran kejahilan mereka sendiri yang begitu cintakan aspirasi perjuangan Islam sehingga tidak dapat mengawal perasaan marah. Mereka bersemangat berkobar-kobar sehingga lupa batasan kelembutan adab seorang mahasiswi Islam. Keikhlasan dan cinta mereka kepada Islam menyebabkan mereka cuba mempertahankan aspirasi perjuangan Islam sehingga kadangkala melampaui adab dakwah, kaedah dan ilmunya. Justeru, pemimpin gerakan pelajar dan para mahasiswi Islam perlu memikir impak terakhir yang akan menimpa imej perjuangan mereka dalam setiap tindakan mereka. Jangan sampai tindakan yang drastik merosakkan kebaikan yang dilakukan selama ini. Mahasiswi Islam boleh menggunakan pendekatan sebalik tabir melalui kerja-kerja pengurusan organisasi dan pentarbiyahan kader-kader yang taat kepada ajaran Islam. Sesuai dengan sifat perempuan yang lembut, lebih tekun dan beradab, mahasiswi Islam haruslah bertindak sebagai pembantu yang tidak menonjolkan diri agar mahasiswi Islam tidak menghadapi mehnah yang boleh menjatuhkan maruah mereka.
Asiah Ali dalam bukunya Muslimat Pencorak Masyarakat menyarankan mahasiswi Islam berjihad melalui pendidikan dengan peranan menyebarkan ilmu agar kalimah Allah tertegak didalam kampus. Penyebaran ilmu boleh dilakukan dengan menceburi bidang penulisan. Jarang sekali kita melihat pimpinan mahasiswi Islam menulis dalam media massa. Sepanjang pemerhatian penulis hanya Ketua HELWI PMIUM sesi 2002/03 yang giat menulis dalam media massa termasuk dalam majalah Massa dan akhbar tempatan. Menurut Iman Hasan al Banna, kerja yang dilakukan oleh wanita mestilah mengikut keperluan semasa jemaah. Mahasiswi Islam boleh menonjolkan beberapa figure tertentu sebagai jurucakap mereka yang dapat memaparkan imej dan kualiti kepimpinan mahasiswi Islam. Dalam gerakan Ikhwanul al Muslimin, figure muslimat yang dilihat jurucakap muslimat ialah Zainab al Ghazali yang begitu kejam diseksa oleh Rejim Nasser. Walau bagaimanapun, Hajjah Zainab cukup kental menahan seksa walaupun didesak bertalu-talu agar mengaku perbuatan mereka merancang pembunuhan Presiden Nasser. Gerakan pelajar Malaysia pula tidak gersang daripada melahirkan wirawati-wirawati seperti Fatimah Sham yang memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dalam demonstrasi pada pertengahan tahun 1970an. Fatimah Sham merupakan anak kepada pejuang tanah Teluk Gong iaitu Hamid Tuah juga adalah presiden pertama di kalangan wanita dalam persatuan mahasiswa universiti di negara ini. Keterlibatan mahasiswi Islam secara terbuka haruslah bergantung kepada keperluan semasa.
Pada alaf baru ini, suka atau tidak akan menuntut mahasiswi Islam agar lebih bermakna dalam kepimpinan gerakan pelajar. Oleh sebab itu pentafsiran syariat secara klasikal mengenai peranan dan kedudukan tentang wanita yang tidak setepatnya dengan kehendak wahyu perlu diberikan pemaknaan kembali yang lebih realistik dengan aspirasi Islam. Mahasiswi Islam juga perlu memahami fiqh wanita yang berubah dan prinsip syariat yang kekal. Dengan pemahaman ini, diharapkan pemikiran mahasiswi Islam dapat dijernihkan daripada taboo tradisi yang menghalangi kecergasan mereka di dalam gerak kerja gerakan pelajar dengan tafsir amali yang baru dan tepat dengan kehendak wahyu Ilahi. Perjuangan mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar bergantung kepada quwwat al ruh wa al-‘aql (kekuatan jiwa dan minda) dan kefahaman yang sahih individu pada fikrah perjuangan mereka. Setiap langkah mahasiswi Islam dalam gerakan pelajar mestilah diatur dengan kebijaksanaan agar tidak tertewas dengan cabaran yang diterima.
Pertama, mahasiswi Islam perlu menyalurkan semangat jihad melalui saluran yang betul dengan mengunakan perjuangan bertahap-tahap dan tidak tergesa-gesa untuk mencapai kejayaan. Pihak yang bertentangan jangan dimusuhi tetapi berusaha dengan mesra dan berbaik sangka semasa mendekati mereka. Jadilah diri anda sebagai model yang berakhlak mulia untuk dicontohi mahasiswi lain yang tidak sealiran.
Kedua, mahasiswi Islam perlulah ingat bahawa kampus hanya tapak untuk pentarbiyahan diri. Jika berlaku perkara yang bertentangan, fiqh keutamaan yang bertunjangkan tugas asasi kita sebagai pelajar dan berkhidmat untuk masyarakat serta agama perlu diutamakan. Pilihan mahasiswi Islam perlu tepat dengan keperluan semasa supaya kita tidak menyalahkan orang lain ke atas kegagalan kita. Kes Norhayati sebagai contoh menunjukkan satu kegagalan para mahasiswi Islam menyuburkan kekuatan jiwa dan minda sehingga gagal menguruskan masa untuk berjemaah dan belajar. Akibatnya menyalahkan orang lain setelah gagal dalam pelajaran.
Ketiga, mahasiswi Islam memerlukan keterbukaan pemikiran dan menghormati pertentangan pendapat walaupun sekeras mana pun tekanan diterima. Iman Hasan al Banna menyatakan “jangan sekali-sekali ada unsur negatif (dendam) di hatimu terhadap seseorang tetapi jangan berhenti daripada mengharapkan petunjuk buatnya!’”. Perkara ini penting agar budaya dendam dan ekstrim tidak membiak dalam diri mahasiswi Islam. Selain itu, mahasiswi Islam wajar memiliki keupayaan menerima idea dari luar lingkaran pemikiran mereka sendiri. Kepelbagaian idea daripada pelbagai sumber yang bersifat kontemporari perlulah dikaji, diteliti dan diamat-amati. Oleh sebab itu, kajian pemikiran jangan hanya terhad kepada pemikiran Iman al-Maududi, Iman Hasan al Banna dan Iman Syed Qutb sahaja tetapi meliputi pemikiran tokoh seperti Dr. Hasan Turabi, Rachid al Ghannouchi, Malek Bennabi dan Abul Hasan Ali an Nadwi.
Mahasiswi Islam menggugat?.
Jawaban ini hanya mampu dijawab oleh mahasiswi Islam sendiri. Merekalah yang akan mencorakkan arah perjuangan dengan program pengisian mereka sendiri. Mahasiswi Islam menggugat tidak semestinya bersifat destruktif tetapi memerlukan satu pengarapan sifat alternatif dengan menunjukkan jalan penyelesaian masalah dan melakukan proses pengislahan diri dan masyarakat.
Add comment 14 Mac 2008
Ayam Goreng Madu + Sos Tiram
Gambar & Sumber : Anim Mama Rock
Bahan
6 ketul kepak ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
lada putih
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil oregano
2 sudu kecil jus lemon
Cara
- Cucuk2 kan kepak ayam tadi dengan garfu.
- Gaul semua bahan dan perap selama 30 minit.
- Goreng dengan api sederhana. Renjiskan dgn sedikit madu semasa menghidang
Add comment 14 Mac 2008
Bicara Tokoh: Zainab Al Ghazali
- Dilahirkan pada 1917
- pengasas Jama’at Muslimat (1937) – tujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yg kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.
- 1937 – Zainab bertemu dengan As Syahid Hassan Al Banna (pemimpin Ikhwanul Muslimin) yg sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama’ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin.
- 1948 – pembubaran Ikhwanul Muslimin. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama’at Muslimat telah memberikan bai’ah kepada Hassan Al Banna.
- 1965 – pemimpin ikhwan dan Zainab telah difitnah dan ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau disumbat ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Mereka digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab disiksa dgn kejam termasuk dipukul dgn teruk, dimasukkan ke dlm penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yg diperintahkan untuk merogolnya.
- 1966 – Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah, pada 17 Mei 1966 barisan Pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan Hameedah Qutb – 10 tahun dengan kerja berat.
- 10 hb Ogos 1971 – Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan dan beliau telah menulis sebuah buku menceritakan tentang segala pengalaman selama berada dalam tahanan tersebut yang bertajuk : ‘Hari-Hari dalam Hidupku’. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2005.
Add comment 14 Mac 2008
SurgaMU by UNGU

SurgaMU by UNGU
Segala yg ada dlm hidupku
Kusedari semua milikMU
Kuhanya hambaMU yg berlumur dosa
Tunjukkan aku jln lurusMU
Untuk menggapai syurgaMU
Terangiku dlm setiap langkah hidupku
Kerana kutahu hanya KAU tuhanku
Allahhuakbar, Allah maha besar
ku memujaMU di setiap waktu
Hanyalah padaMU tempat ku berteduh
Memohon redha dan ampunanMU…
download di —> http://riangriamp3.blogspot.com/2007/09/ungu-surgamu.html
1 comment 14 Mac 2008