Bicara Tokoh: Zainab Al Ghazali

14 Mac 2008 myhewi


  • Dilahirkan pada 1917

 

  • pengasas Jama’at Muslimat (1937) – tujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yg kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

 

  • 1937 – Zainab bertemu dengan As Syahid Hassan Al Banna (pemimpin Ikhwanul Muslimin) yg sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama’ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin.

 

  • 1948 – pembubaran Ikhwanul Muslimin. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama’at Muslimat telah memberikan bai’ah kepada Hassan Al Banna.

 

  • 1965 – pemimpin ikhwan dan Zainab telah difitnah dan ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau disumbat ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Mereka digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab disiksa dgn kejam termasuk dipukul dgn teruk, dimasukkan ke dlm penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yg diperintahkan untuk merogolnya.

 

 

  • 1966 – Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah, pada 17  Mei 1966 barisan Pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan Hameedah Qutb – 10 tahun dengan kerja berat.

 

  • 10 hb Ogos 1971 – Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan dan beliau telah menulis sebuah buku menceritakan tentang segala pengalaman selama berada dalam tahanan tersebut yang bertajuk : ‘Hari-Hari dalam Hidupku’. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2005.

Entry Filed under: Sirah Teladan

Leave a Comment

Required

Required, hidden



Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Carian Info

*********************

Halamanku

*********************

Bulan Ini

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Mei »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
*******************

Kategori Tulisanku

1 Artikel Lagu Pilihan Personaliti Resepi Sirah Teladan

Best Blogger's Site

Portal

Website Komuniti

*******************

Tulisanku Terbaru